Tuesday, October 27, 2009

Ego?

Mana lagi baik antara:
  • Hilang seseorang lebih baik daripada hilang ego diri.
  • Lebih baik hilang ego diri daripada hilang seseorang kerana ego.

Pendapat mereka ;)

Azlina Shazreen: Ego tidak membawa kita kemana-mana (orang pantai timur kata "tak paedoh"...) Ego membuatkan kita lupa, angkuh dan merasakan diri kita benar. Walhal kita tidak sedar yang kita melakukan kesilapan. Ingatlah, "jangan terlalu ikutkan perasaan". Haruslah bertindak mengikut akal yang waras.

Dina Nadia: Ego to me is something really important. Kadang-kadang ego kena ada. Kadang-kadang kalau tiada ego pun tak apa. Talking from my perception, "I'm very egois person". Tetapi kita harus buang ego itu kerana ego tidak membawa kita kemana-mana. Tetapi ada masa yang memerlukan sesuatu ego supaya tidak menampakkan kita "menjatuhkan maruah diri". Keberanian yang paling disengani adalah apabila kita membuat sesuatu salah, kita berani untuk kehadapan dan mengaku bersalah.

Siti Amirah: I don't think so, kadang-kadang lebih baik kalau kita hilang seseorang daripada hilang ego. Kalau kita jatuhkan maruah kita untuk orang yang "tidak berguna" (*%#!) pun tidak berbaloi. So just beware, maintain dan seimbangkan sifat itu. Ego perlu untuk "melindungi diri" tetapi rendahkan sedikit ego itu untuk orang yang menghargai diri kita. Well, we all human being, tidak akan senang untuk menjatuhkan ego tetapi, chayok-chayok!

Syana Nadia: Akal yang mengawal ego, dan ego yang mengawal diri.

Daniel: "Prevention is better than cure". Oleh itu, Untuk mengelakkan daripada kehilangan seseorang, kita mestilah perbaiki diri kita sendiri. Kita mestilah tahu kelemahan dan kelebihan diri kita. Dalam pergaulan tunjukkanlah kelebihan daripada kelemahan.

Sazanum: Selalunya ego ini more to lelaki, haha ;) Hurm, ego itu datang bila kedua-dua pihak tak mahu mengaku salah. So, ego itu hanya sementara tetapi perpisahan itu selamanya. So, fikirlah baik-baik. Umur makin meningkat. "Sudah terhantuk baru tergadah". Nasi sudah jadi bubur lah weyh.

Nadia: Ego adalah permusnah. either lelaki atau perempuan, apabila kedua-duanya ego. Apabila sudah hilang someone yang disayangi, barulah nak menyesal. Time itu tiada gunanya untuk turunkan ego, rendahkan maruah diri atau terhengeh-hengeh dekat orang itu. So fikirlah. (Egokah-Wali band) ;) - written by xaxa ( nud pemalas) ;)

Next is my turn babeh ;))

Kata Syda: Serba salah nak menyatakan pendapat tapi aku try juga. Dalam banyak-banyak pendapat, aku rase paling aku setuju adalah dengan Syana Nadia. Ego merupakan satu perasaan yang ingin memberontak, perasan tidak bersetuju atau pun seumpamanya. Ego lelaki dan perempuan sama kritikalnya. Antara banyak-banyak bangsa manusia, aku rasa paling kuat egonya adalah kaum India (Entah, maybe diorang kuat makan kari kut!) Ape orang lain cakap mesti tak mahu dengar and cepat sangat nak melenting. Aduhai. Ok, back to the main point. Fikiran yang "tidak stabil" akan mendatangkan ego yang sangat tinggi pada sesetengah pihak. Penyelesaian termudah, cuba you all try kunyah chewing gum. Or else kalau tengah fikiran asyik nak memberontak aje rase, try pergi holiday. Baik untuk mendapatkan oksigen yang bersih dan segar. Selepas itu barulah you all akan berfikiran yang matang bagi mengurangkan kekusutan fikiran. Kekusutan fikiran itu yang membuatkan anda tidak berfikir matang lalu ego yang terlampau tinggi itu timbul mendadaknya. Dah banyakkan aku tulis? Ok lah bye bye ;)

Monday, October 26, 2009

Kenapa "mengusik" lebih baik dari "menyakitkan hati"?

Masa aku tengah makan petang bersama Dina, tertimbullah cerita mengenai usik mengusik ini. Tetapi yang mendatangkan tanda soalnya disini, adakah mengusik "lebih baik" dari menyakitkan hati atau sebaliknya? Selesai saja mendapat tajuk, aku terus pergi ke tempat Dina, Saza dan Nadia untuk mendapatkan maklumat mengenai tajuk ini.Kita sebagai manusia biasa tak mampu nak melarikan diri dari melakukan kesilapan. Jadi, haruslah kita sentiasa menjaga percakapan yang keluar dari mulut kita sendiri. Renungkan.

Mengusik.

  • membuat seseorang gembira dengan kata-katanya.
  • bergurau-gurau agak kasar tetapi masih dalam nada gelak tawa dan tidak membuatkan orang lain sakit hati dan perasaan tidak senang.
  • masih bergurau senda tanpa menggunakan perkataan yang boleh mendatangkan kemurungan seseorang itu.

Menyakitkan hati.

  • seperti yang dilakukan oleh "si tukang cakap" sampai membuatkan orang sekeliling makan dalam.
  • seseorang yang cakap main lepas sahaja, dengan nada yang serius, kadang-kadang tidak bermaksud pun, tetapi boleh membuatkan orang lain terasa, sakit hati serta mendatangkan marah.
  • berkata sinis dan menggunakan perkataan yang kesat dan sesuatu yang boleh mendatangkan pergaduhan.


Akhir kata, mengusik lebih baik daripada menyakitkan hati. Terima kasih.

Credit: Dina, Saza, and Nadia ;)

Saturday, October 24, 2009

Perempuan? Lelaki?

Siapa salah??!
Haha! Sukanya aku bila dipersoalkan "siapa salah" kalau bab lelaki dan perempuan bergaduh. Apabila si lelaki mengatakan yang kaum perempuan ni "emotional tak bertempat", aku mengatakan bahawa, kebanyakkannya lelaki yang mempunyai masalah "period yang berpanjangan". Mungkin si lelaki sangat menyanyangi perempuan itu or some other reason, mungkin lelaki panas baran.

Ada lelaki kata "Macamlah perempuan ni perfect sangat!". Yes we're not perfect but we trying harder to be perfect! Itu kata aku. And ada sesetengah perempuan pula mengatakan "Lelaki banyak tak boleh dipercayai." Kata aku, "Try dulu, don't see his face but see his heart. Even though, it seems like he has a lot of ex. Kalau tak jadi pon, at least you already has that experience".

Ada pula lelaki kata "Perempuan tak pernah nak mengaku salah.". Kenyataannya, kedua-dua belah pihak haruslah renungkan masalah itu berpunca dari apa. Kalau masalah itu tidak terlalu penting, jangan diperbesarkan. Prinsip aku, kalau aku buat salah, aku akan mengaku. Tetapi lain orang, lain ragam kan?

Betul ke perempuan suka menilai pangkat, harta dan rupa? Hello, sekarang sudah tahun 2009, kebanyakkan perempuan sudah berpelajaran tinggi dan berfikiran matang. Man should think twice before tackel a girl! Sediakan kelengkapan yang cukup (what i mean is "pangkat,harta and rupa"-rupa yang bersih dan sedap mata memandang ok?)

Disebabkan pertelingkahan memang tidak dapat dielakkan dalam sesuatu hubungan, cuba fikir dalam-dalam. Mungkin kamu tidak sesuai lagi untuk bercinta? Mungkin nasib tidak menyebelahi kamu lagi dalam percintaan? Mungkin juga kamu terlalu obses bercinta dengan pasangan?

Menyentuh aspek "Obses dengan pasangan" ini, ada sesetengah pihak tidak menyukai sangat dengan pasangan-pasangan yang dilabelkan sebagai "belangkas" ini. Aku pon tak begitu suka sangan dengan ala-ala "belangkas" ni. Yalah, duduk berkepit 24/7. Dengan komuniti tak bercampur. Hidup hanya dia dan pasangan. Memang sudah wajib kahwin kalau macam itu. Janganlah sampai macam itu, nanti kawan pun tiada. Susah hidup tiada kawan. Perkhabaran dunia pun nanti tak tahu.

So, better we end up with the rational and loved.

Go couple go!

Petua Kuruskan Badan. (Yes, i'm work on it!)

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan?
Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan.
air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.


Hasil dari peniruan:
http://www.rahsiaperkahwinan.com/2008/09/33-petua-dan-tip-kuruskan-badan-tanpa.html

Wednesday, October 21, 2009

Hari ini.

Malaslah.

Malas sangat nak kerja! Aku rasa sangat-sangat dan teramatlah mengantuk. Sedangkan aku dalam train pun aku boleh nak tertidur. Ini semua gara-gara aku tak bawa MP3. Patutlah aku mengantuk semacam je. Dah lah aku lapar gila, sampai office, terus aku ajak Dina and Saza beli makanan. Saza kuat makan hari ni. Dia beli dua bungkus makanan. Banyak gila kan? (sebenarnya satu lagi makanan tu untuk Cik Nadia). Damn! Hahaha! Nak merajinkan diri bukak CIS and SDPTS macam malas je sebab aku tahu mesti tak ade site yang update lagi.
Layan diri sendiri.
Terasalah diri ni macam agak lonely dipagi hari tetiba aku teringat nak download lagu lama Babyface - Sorry For The Stupid Things. Lepas download, aku terus layan sampai tak ingat dunia dah. Lagi lagu best yang aku tengah layan sambil tulis blog ni adalah Glenn Lewis - Fall Again, Jon Mclaughlin - So Close, Babyface - Loneliness, Backstreet Boys - Drowning and Shape of My Heart. Alamak, aku lupa bawa earphone, never mind, terus aku pinjam dekat makcik depan yang bernama Nadia. Hari ni Nadia cun gila. Hahaha! (Hari ini lagu semua 90's ok?)
Rindu pula.
Lamanya x jumpa Diana! Damn i miss you, dear. Bile nak lepak weyh? Tahulah kau tu dah ada boyfriend. Aku ni kau tinggalkan aje kan? Hahaha. Cepat-cepat balik tau? Hehe ;) Insyaallah kalau ada rezeki, kita jumpalah ye sayangs. XOXOXO muahh~

Tuesday, October 20, 2009

Super Cute Zachary.

Zachary David Alexander "Zac" Efron
(born October 18, 1987)

Efron is an American actor and singer. He began acting professionally in the early 2000s, and became known to young audiences after his roles in the Disney Channel Original Movie High School Musical, the WB series Summerland, and the 2007 film version of the Broadway musical Hairspray. In 2007, right before the release of High School Musical 2, Rolling Stone declared him the "poster boy for teenyboppers" and featured him in their late August 2007 issue.
Efron graduated from Arroyo Grande High School in 2006, and was then accepted into the University of Southern California, but he deferred his enrollment while he worked on film projects. He plans to return at some time. Efron also attended Pacific Conservatory of the Performing Arts, a community college located in Santa Maria, California, which provided him with the opportunity to perform as a "young player" during the years of 2000 and 2001. Efron owns an apartment in Los Angeles, California and has two dogs, Australian shepherds named Dreamer and Puppy. He also has a Siamese cat named Simon.

Glenn Lewis - Fall Again (Soundtrack-Maid in Manhattan)

Feels like a fire that burns in my heart
Every single moment that we spend apart
I need you around for every day to start
I haven’t left you alone
There’s something about you, I stare in your eyes
And everything I’m looking for I seem to find
All this time away is killing me inside
I need your love in my life
I wanna spend time till it ends,I wanna fall in you again
Like we did when we first met,I wanna fall with you again
We fought in a battle, nobody one
And now we face a mountain to be overcome
You can’t turn away, the past is said and done
I need us to carry on
I wanna spend time till it ends,I wanna fall with you again
Like we did when we first met,I wanna fall with you again

Kiblatku.

Sejauh mana pun ku lari. Menggapai hasrat yang terpendam. Biar berkali rebah ku bangun. Walau payah. Kuhimpun kudrat dan harapan. Mengiringi azam yang usang. Sinar seakan pudar. Bila terbit sang suria. Begitulah semangat tegar. Meskipun musim kan silih berganti. Ku terus melangkah. Daku gagahi. Mencari arah. Oh Tuhan. Sinarilah kiblatku. Keringat diteman embunan. Kicau unggas turut berdoa. Purnama bagai tenangkan perang. Di dalam hati. Kuhimpun kudrat dan harapan. Mengiringi azam yang usang. Sinar seakan pudar. Bila terbit sang suria. Begitulah semangat tegar. Meskipun musim kan silih berganti. Ku terus melangkah. Daku gagahi, Mencari arah. Oh Tuhan. Sinari lah kiblat ku. Kala sujud ku ada kesyukuran. Dalam mimpi ada sedih. Menghantui andai ku alpa. Langit kejayaan ku. Berkiblat pada Mu.
Hanya satu
..

Monday, October 19, 2009

Kenapa aku tidak menyukai engkau wahai "si tukang cakap".

"Apahal lah yang terlampau bangang sangat sampai tak faham bahasa? Sekadar cantik tapi bimbo and still nak berlagak pandai, diharap berambus secepat mungkin ok? Terima kasih!!"
Itu lah yang terkeluar apabila aku tak kacau orang tapi orang yang agak bangang cakap belakang. kalau tak suka apa yang aku buat selama ni, TOLONG CAKAP!! not at my back but in front of me please! kalau engkau "si tukang cakap" itu berkelakuan baik,tak apalah juga. ini, diri sendiri tidak terurus tp dah "backstabbing" other person, WTH?? Kira baguslah aku jenis diam dari dulu, but now u're starting talk about me and hell i swear i hate it!, so that, starting dari blog aku ni lah aku mula cakap buruk balik pasal engkau wahai "si tukang cakap" Engkau ni tak patut duduk kat kawasan yg ade komuniti yg didiami manusia lah, sebab engkau tiada perasaan. hello "si tukang cakap", bukan engkau seorang sahaja yang duduk dekat dunia ini ok?melainkan engkau memang langsung tiada hati perut.
The end.

Thursday, October 15, 2009

Seangkatan ;)

(From left: Zuhaiery, Miera, Dina, Reen, Syda, Saza and Nadia.)
Inilah angkatan tentera En Johan yang rajin lagi cerdik. Sedemikianlan kami sekawan menempuh kerja yang menimbun setiap hari serta berhadapan dengan orang yang berkelayakkan tinggi dan boleh membuatkan kami kecut perut apabila datang sesuatu masalah tak kira lah masalah apa pun. haha ;) damn! ape aku mengarut lah! haha ;) oke-oke. Now i'll start the real story. Diorang ni kawan aku kat TM ni. Ape yang aku buat, mesti diorg buat sama. Zuhaiery, Miera, Dina dengan Reen dah lama jadi kawan aku. memperkenalkan kawan baru aku yang baru sahaja mendaftarkan diri dekat department kami. Namanya Saza dan Nadia. Diorg sangat sweet dan sangat masuk air. Haha ;) it's true ok! Age Saza 19teen. Still young and sweet and Nadia same age dengan aku. Rambut Nadia sangat cantik tau! Long and wavy. ;) By the way, setakat ini, kitaorg boleh berganding bahu dalam semua urusan. Itu yang penting kan? Hehe ;) Well, hope you guys can be the best at our department and welcome sayangssss!!

Thursday, October 8, 2009

Hello back! ;)

Salam guys,

Lama juga aku tak menulis blog kan? Hampir 2 minggu jugak lah kot. Bukan ape, aku agak busy la sekarang ni sebabnya sangat-sangat banyak benda aku kene cover. Haha ;). Penat sebenarnya jadi empunya badan "Rasyidah Haji Khalid" ni. Even kerja yang aku buat sekarang ni tak ada lah banyak sangat tapi kerja sampingan yang aku buat banyak gila. Rumah aku pulak tengah renovate dapur, nak makan pon x tau nak masak di mana. Sedih gila tau. So kalau you guys nak datang rumah, sorry lah. tahun ni rumah tertutup ok? Tak tipu lah! haha ;).
Baru-baru ni aku tengok [V] channel. Keluar video klip "Project E.A.R - Marabahaya". Agak gempak jugak lah sebabnya projek EAR merupakan gabungan kumpulan dari beberapa country. Even aku kurang meminati genre seperti itu tapi aku bangga lah dengan pop shuvit! (Dj Uno, u'r rock!) haha ;)9pm-10.10pm, masa tu lah aku mengadap channel KBS,303. Sebab ade cerita "My Fair Lady". Seperti biasa lah, hanya cerita korea yang dapat tarik perhatian aku. Heronya agak comel, itu yang pasti. haha ;) Korang pon tengok la sekali ya cerita itu. Best sangat tau!