Monday, October 26, 2009

Kenapa "mengusik" lebih baik dari "menyakitkan hati"?

Masa aku tengah makan petang bersama Dina, tertimbullah cerita mengenai usik mengusik ini. Tetapi yang mendatangkan tanda soalnya disini, adakah mengusik "lebih baik" dari menyakitkan hati atau sebaliknya? Selesai saja mendapat tajuk, aku terus pergi ke tempat Dina, Saza dan Nadia untuk mendapatkan maklumat mengenai tajuk ini.Kita sebagai manusia biasa tak mampu nak melarikan diri dari melakukan kesilapan. Jadi, haruslah kita sentiasa menjaga percakapan yang keluar dari mulut kita sendiri. Renungkan.

Mengusik.

  • membuat seseorang gembira dengan kata-katanya.
  • bergurau-gurau agak kasar tetapi masih dalam nada gelak tawa dan tidak membuatkan orang lain sakit hati dan perasaan tidak senang.
  • masih bergurau senda tanpa menggunakan perkataan yang boleh mendatangkan kemurungan seseorang itu.

Menyakitkan hati.

  • seperti yang dilakukan oleh "si tukang cakap" sampai membuatkan orang sekeliling makan dalam.
  • seseorang yang cakap main lepas sahaja, dengan nada yang serius, kadang-kadang tidak bermaksud pun, tetapi boleh membuatkan orang lain terasa, sakit hati serta mendatangkan marah.
  • berkata sinis dan menggunakan perkataan yang kesat dan sesuatu yang boleh mendatangkan pergaduhan.


Akhir kata, mengusik lebih baik daripada menyakitkan hati. Terima kasih.

Credit: Dina, Saza, and Nadia ;)