Sunday, November 1, 2009

Berpoligami?

Daniel tanya: Syda, apa pendapat kau pasal poligami? Kalau kau ada dalam kedudukan berpoligami, kau rasa macam mana? Cuba kau tulis mengenai berpoligami.


Kata syda: Macam mana eyh? Entahlah. Mungkin sebab aku pun belum berkahwin, aku tiada pengalaman langsung. Mungkin aku boleh samakan poligami dengan "lelaki player" even langsung tidak termaktub dalam kitab mengenainya. Disebabkan aku tidak boleh menyentuh aspek berpoligami sangat, tetapi aku boleh samakan ia. Look, "lelaki player" bermaksud lelaki yang mempunyai lebih daripada satu teman wanitanya. Sama juga dengan berpoligami, yang bermaksud berkongsi kasih. Bermula dari perasaan inilah, poligami wujud. Kalau ditanya kepada aku, sanggupkah aku berpoligami? Jawapan aku, tidak mungkin kerana even dengan lelaki yang "player" pun aku sudah anti, inikan berkongsi kasih. Jenis aku, aku tidak suka kongsi kecuali kalau berkongsi makanan. Walaupun ada wanita yang membenarkan suaminya berpoligami untuk mendapatkan "payung emas syurga" tetapi ada juga yang tidak sanggup untuk diduakan. Sekarangpun sudah tahun 2009, ramai yang mengelakkan berpoligami dan lebihkan mencari rezeki sendiri. It just my opinion. Tetapi agama tidak melarang "berpoligami" ini, malahan poligami adalah diharuskan dalam agama.

Maksud berpoligami: Poligami adalah perkataan Greek (http://en.wikipedia.org/wiki/Polygamy), merujuk kepada perkahwinan seorang lelaki dengan lebih seorang isteri dan dalam Islam, ia dibenarkan sehingga empat isteri dalam suatu masa.

"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil, maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (kahwinilah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Quran, surah an-Nisa': Ayat 3)

Antara hukum,adat dan emosi berpoligami:
  • Islam mengharuskan poligami. Justeru, lelaki yang berkemampuan boleh berkahwin lebih daripada satu.
  • Islam satu-satunya agama di bumi yang membenarkan poligami secara bersistem manakala agama dan fahaman lain tidak, malah masyarakat bukan Islam melihatnya sebagai menindas golongan wanita.
  • Tetapi, hairanlah apabila membabitkan aktiviti persundalan, menyimpan wanita dan gejala sosial, ia seperti satu restu.
  • Walaupun Islam membenarkan poligami, bukanlah bermakna ia boleh diamalkan sesuka hati, sehingga mengakibatkan kezaliman di pihak wanita.
  • Syarat yang ditetapkan Islam mengenai poligami ialah "berlaku adil terhadap dua isterinya atau lebih dalam makan minum, pakaian, rumah, tempat tidur dan nafkahnya" .
  • Poligami diharuskan dinikmati dan dilakukan dengan penuh tanggungjawab.
Oleh itu Daniel, kau sudah dapat jawapannyakan? Ini semua bergantung kepada si empunya badan. Lain orang lain pendapat. Thanks.