Thursday, January 28, 2010

Hidup Buaya.

OK, aku tak tahu lah sebab ape aku dah lama tak update blog aku nih. Kebelakangan nih, hidup aku agak kucar-kacir sedikit. So that aku memang kekeringan idea. Hahah ❤ Walaupun masih tak ada idea nak menaip pasal ape tapi aku dapat rasa hati aku makin tenang selepas insiden tempoh hari. Semoga aku makin tabah. Amin.
Sekarang nih, aku memang malas nak berkait rapat dengan umat yang berstatus boyfriend orang, tunangan orang ataupun suami orang. Memang mendatangkan masalah. Kalau boleh aku memang nak mengelak dari sebarang masalah. Aku juga berhak bahagia dan aku sebenarnya bukan alat permainan mahupun "last option" bagi kaum lelaki. Cukup sekali aku kena, next time OH TIDAK! Hahah ❤
Aku nak cakap tahniah dekat kawan aku nama Noor Afiqah Aman Shah ❤ Syed Yunsrizal Syed Zulkifli atas pertunangan mereka (14th February 2010). Proud of you, finally you find someone who deserve you better. Semoga berkekalan hendaknya. Wedding kau nanti, aku stok pengapit OK? Next time aku update lagi OK.

❤ Love you, all reader.

Monday, January 25, 2010

Great Friend With The Great Brain. You Rock, SMA!

Disebabkan SMA tahu tentang perkara itu..
(26/01/2010 3:24:17)

SMA : adoi
SMA : kesiannya
SMA : abestu kau mcm mana ni
SMA : ok ke tak ni
SMA : dia plak yg mintak couple kan
SMA : hmmm
SMA : takpe, kau jgn ah sedih2
SMA : rilekkkk
SMA : nnt kita pegi tgk kapal terbang
SMA : jangan kau nangis2 teresak2 kat bahu aku sudahla kan
SMA : bapak HINDUstan
SMA : stok bau bunga2 melur
SMA : haha
SMA : busuk sial

Disebabkan aku xdapat celeb velentine lagi tahun ni..
(26/01/2010 3:41:57)

SMA : kau tgk cite valentine ngan aku kat wayang ah
SMA : haha
SK : cite hantu ke?
SK : hantu ak reject awal2 ah
SK : karang tutup mata dr start cerita sampai abes
SK : bongok lah
SMA : hahah
SMA : cite romantik a
SMA : aku tgk trailer dia masa nak tgk wyg haritu
SK : kalau citer normal ok no hal
SMA : pelakon semua ngam

Friday, January 22, 2010

Mentong Baru Bangun Tidur.

Kata Afiqah Aman Shah pada aku "Diorang tak tegur kita pun tak pelah, bukan menyinari hidup kita pun. Tiang lampu kadang-kadang tak ada elektrik. Lagi payah kalau kau tak ada awan (a.k.a. aku dengan nok). Nanti hidup kau macam dekat padang pasir, dah susah nak cari air..." :D
Thanks buat aku gelak masa tuh, Fiqa. Lepas ni kalau aku bangun tidur, aku dah tak nak fikir hal yang membeban kan ni lagi. Berkawan adalah hak aku, dan aku rasa tak ada siapa boleh jadi penghalang. Aku tetap akan pertahankan ia. :D

Monday, January 18, 2010

Muntah Darah.

Agak meluat tengok cerita Kau dan Aku lakonan Mila, Akim, Aril, Anita Baharom, Raja Farah dan lain-lain. First time hari ni aku tengok cerita Kau dan Aku. Bukan nak kata apa, cuma nampak sangat budget buat cerita ni macam terlampau murah, dengan dialog cam tah ape-ape, dok asyik nak bergaduh pasal lelaki (between Akim or Aril) and masalahnya semua perempuan nak berebut-rebut dua lelaki tu aje. Macam tak ada lelaki lain kat kolej tuh. Setahu aku, cerita ni pasal student life at campus tapi jalan cerita tak membangun langsung. Dok rolling-rolling pasal berebut lelaki aje, sampaikan sifat seorang kawan yang baik aka sepupu pon dah hilang dan persahabatan macam murah sangat. Lakonan diorang terlampau fake! Aku faham diorang "baru" dalam bidang lakonan so it can be accepted. But Raja Farah yang dah lama berlakon pon aku tengok still macam tak pandai berlakon, mungkin sebab kelilingnya orang yang "baru" kot. Dengan lagu tema yang "DAMN STUPID", aku tak tahu lah nak cakap ape. Tolong lah Malaysia, kalau nak buat drama murah pon,bagi lah jalan cerita yang rasional sikit. Dialog jangan lah bagi dialog yang "kaku" atau pon "kebudak-budakkan" sangat. It's too "murah" lah pada aku. Bukan jenis cerita yang boleh jadikan pedoman untuk golongan macam aku. Sorry to say, even aku suka akan Akim and Aril personally, but cerita ni bodoh sangat bagi aku.

Sunday, January 17, 2010

Motif?

Finally I meet up with Jo and Eka. They are "tukang gosip" yang paling hot. We all pergi makan, layan muvee Juon (sumpah dari awal cerita sampai habis,aku tutup mata!) and lepak bergossip. It's all happen at KLCC, Kuala Lumpur. Masa tengah melayan perasaan kononnya "artis majalah mangga wan-abe" dekat tepi kolam, suddenly Jo tanya something yang memang gila "soalan cepumas". Memang tukang gosip! Haha :) It was fun day. Next time kita beli sandwich and then lepak tepi kolam lagi ye!

Wednesday, December 30, 2009

Crazy Monkey.

Ok, Semalam punya story memang gila betullah. Aku rase jantung aku macam nak terkeluar sangat sebab gemuruh punya pasal. Si lelaki McD Sg Wang semalam shif pagi so dia akan habis kerja pukul 8 malam. Nak snap picture dia tapi dia kerja bahagian dapur pulak, so memang tak dapat lah. Tapi yang paling mengejutkan aku ialah, his age! He only 15 years old! Tersangatlah muda even aku just ingat maybe dia hanya lepasan SPM. Selepas dapat tahu nama dia "NAIM", Cik Tapir and Cik Tenuk just bagi aku 4 pilihan:
  1. Bagi number phone aku. (Tak mahu. Malu OK?)
  2. Panggil Naim dan jumpa dia direct je.
  3. Mintak number phone Naim by akak McD.
  4. Terus blah and menyesal sampai mati.

Aku fikir kalau aku pass number phone aku terus, takut Naim akan fikir aku ni "bapak lah gedik". Kalau nak panggil Naim pulak, tak boleh sebab die tengah bertungkus lumus bekerja. If nak mintak number phone Naim pulak, ermm.. Dia busy kot. And aku pulak tak nak terus blah and menyesal tak sudah. So that, aku decide nak bagi je number phone aku.

"Tapi pen dengan kertas tak ada!". Aduhai ;( Nak buat macam mana. Tapi jangan risau, old school style still ada. Lantas aku capai tisu McD (free after aku belanja Cik Tenuk and Cik Tapir makan sundea) and Revlon Renewist Lipcolor / Creamy Caramel No 015 untuk menulis "B 013-358++++". Ye, aku tahu aku agak "perigi cari timba". Tepat pukul 9 malam, aku dapat phone called dari 013-366++++. Aku da start nervous macam nak mati masa tuh.
  • "Assalamualaikum, boleh saya tanya ini siapa?"
  • "Salam, saya Syida. Boleh tanya, ini Naim ke?".
  • "Yer, saya Naim. Syida duduk mana and macam mana boleh nak kenal Naim? Umur berapa eyh?"
  • "Umur 21. Duduk dekat Cheras, Bandar Tasik Selatan. Sebelum tuh, boleh tak saya nak sure kan something? Naim ada tak jaga bahagian aiskrim, hari khamis lepas?
  • "21? Naim ni budak-budak lagi. Baru 15 tahun. Khamis lepas? Ada. Kenapa?"
  • "Kalau ada,betullah Naim orang yang saya cari."
  • "Syida sure tak salah orang? Bukan orang tinggi ke, besar ke badan dia?"
  • "Memang orang tu tak tinggi sangat and tak besar pon badan dia. And kawan yang surekan pon ada tadi."
  • "Yeke? OK OK. Boleh kita jumpa tak esok? Kita sambut New Year sama-sama, boleh?"
  • "Esok? Saya ada hal lah Naim. Sorry lah. Tapi nanti mesti kita jumpa lagi. That's for sure. Ni Naim buat apa je?"
  • "Baru nak balik rumah ni. Tadi baru abes kerja, Naim terus call Syida."
  • "Yeke? Oh, eh Naim, buang lah eh tisu yang ada number phone tadi. Sebab ni pun Naim da call, save je number nanti ok?"
  • "Buang? Tak nak lah. Naim nak tampal tisu tadi dekat bilik. Hahaha!"
  • "Hahah. Tak payah lah sampai macam tu. Naim nak balik kan? Later kita sambung lagi ok?"
  • "Ok Syida, selamat berkenalan."
  • "Thanks, bye Naim."
  • "Bye, salam."
And lepas tuh baru aku boleh makan dengan tenang, kalau tak, aku just makan nugget 2 ketul saja. Hahaha ;) OK, ternyata aku happy. Tapi selepas habis call, perasaan aku dekat Si Misteri McD sudah kurang mendebarkan. Mungkin dia type "adik" lagi. Tapi ada juga yang buat aku happy. Happy sebab fun gila keluar dengan Cik Tapir, Cik Tenuk and Brandon semalam. Memang fun. Thanks to Cik Tenuk and Cik Tapir yang gila support tolong aku pasal Naim ni. Heheh ;) Aku tak menyesal bagi number phone, sebab at last aku dapat jadi kawan dia. Tapi yang pasti sekarang, aku just nak hidup bahagia dengan kawan-kawan aku saja. Dan tak lebih dari itu. ;))

Tuesday, December 29, 2009

Budak McD Sg Wang.

Lupa nak cerita. Hari yang aku date dengan Cik Tapir merupakan hari yang paling aku rasa syok abes. Pasal apa? Pasal that day, masa Cik Tapir suruh aku belanja aiskrim Sundea McD di Sungai Wang, aku bertemu "dengannya". Masa tuh merupakan shif "si dia" bekerja. Character "si dia" sangat comel. Ketinggian "si dia" yang sederhana dan senyuman yang amat menarik hati.

"Tolong bagi saya Sundea, dua", kata Cik Tapir kepadanya. Sambil Cik Tapir mengambil baki duit yang aku berikan tadi, aku mencapai aiskrim yang dihulurkan dari tangannya. Padahal "si dia" boleh saja letakkan kedua aiskrin tadi di tempat letak yang telah disediakan. Tapi masa tuh, mungkin aku dan "si dia" masing-masing mengambil kesempatan untuk memegang tangan masing-masing. OK ternyata aku ni gatal.

Tapi sebenarnya, aku ni jenis yang cepat rasa jijik dengan sentuhan apatah lagi kalau dengan orang yang tidak dikenali. But when it's come to "him", I really wanna some smooth touch. Only from him and I also don't know why. It's all happen so fast and sudden. Well, bila nama pon "love at first side", semua graviti di sekeliling kamu akan menjadi kekuatan yang boleh mencapai satu tahap dimana diri sendiri pun akan hilang kawalan. Itu merupakan saat yang paling mendebarkan dan paling membahagiakan. Even I already know this is only "bertepuk sebelah tangan", but still I love this feeling. Thanks for the memory, budak McD Sungai Wang. ;)

Monday, December 28, 2009

Pertukaran "mood" OK?

Bad day? Agaklah jugak. Tapi bila dah ternampak seorang jejaka yang tersangatlah sempurna (bagi akulah dan mungkin some else juga) dekat dalam train menuju ke Bandar Tasik Selatan, mood aku dah bertukar. Bukan apa, macam nak tergelak pun ada bila difikirkan balik. Style dia, pakai t-shirt putih dan juga disarungkan jacket kulit black color, season jean black color, rambut lurus paras bawah telinga yang dibiarkan serabai begitu sahaja, dan berkasut converse black color, memang menarik hati sesiapa yang memandang.
He acting cool! Yes he was. Dia tahu banyak mata memandang. Ada jugak perempuan yang mengambil gambarnya, dibiarkan sahaja. Ada pula yang menjerit "Handsomenya lelaki tuh!". Pirahh! Agak malu jugaklah aku yang berdiri didepannya. "Entah-entah, dia ni artis kot?". Terlintas di hati kecilku. Dia bersandar di pintu masuk train sambil menyilangkan kakinya. Memang cool abes.
Kebanyakkan lelaki yang melangkah masuk train, mesti akan memengang handphone (cara mengertahui lelaki bukan single: mesti menghantar SMS kepada girlfriend "Abang dah ondaway, tolong pickup OK?"). Tapi jejaka yang aku perhatikan ini, tak seperti lelaki yang lain. Dia hanya mendiamkan diri sambil mengukir senyuman kepada perempuan yang menggilainya. Mungkin kerana dia sendiri dah menyedari dirinya memang handsome dan patut "share" senyuman dengan orang ramai. Mungkinlah kot!
Tapi apa yang aku lihat, dia makin "tidak senang" apabila ada beberapa perempuan yang makin mendekatinya. Kalau aku pun mesti takut beb! But he still acting cool, and aku perasan solution dia, dia keluar di Station Cheras dan hanya tunggu untuk train seterusnya. Mungkin dia ada rasa takut. Handsome macam mana pun, kaya macam mana pun atau putera macam mana pun mesti dia hanya manusia biasa kan?
Tapi just satu je aku tak puas hati. Lelaki yang bergaya macam tuh, what I mean is, nampak kaya macam tuh tak sepatutnya ada dalam train. Patut duduk didalam kereta sport ke. Baru sesuai dengan pernampilan yang gila cool macam tuh. Hahaha ;) Tapi sebab pernampilan jugaklah, orang terpaut dengannya. Aku hanya melihat dan memerhati. Banyak ragam yang aku boleh ceritakan. Tapi untuk hari ini, kisah jejaka yang mengubah mood aku menjadi tajuk perbualan.

The Red Crab.

Aku tak tahu bagaimana terkeluar ayat-ayat yang agak "soul" nih. Tapi sebagaimana ia terjadi sendiri, aku pun agak menyukainya. Mungkin ilham aku hanya datang apabila aku memikirkan tentang "hot stuff", dan itu merupakan petanda yang baik yang otak aku nih masih function. Dan sebenarnya, ini kali pertama aku mengeluarkan kata-kata yang agak menyeramkan nih. Mungkin agak annoying kot bagi sesetengah pihak, tapi it's OK. Not your wrong.

"Selamat malam, sayang. Even you don't know how much important you are, or even you already taken but maybe, just maybe, I'm falling again to you, and NO ONE can deny it. Because the word LOVE is only appear just for you."

"Bertembung dengan KAU merupakan saat paling membahagiakan. Dengan hanya melihat wajah KAU, bibirku akan terukir senyuman tanpa paksaan. Terima kasih kerana membuatkan hari aku bermakna."

Sunday, December 27, 2009

Great Teacher Hippopotamus.

Dah lama aku tak update. Honestly aku tak tahu nak cerita apa lagi, idea belum sampai. Macam sudah blank. Lama aku online blogger tapi hanya termenung. Bila taip sepatah, aku akan delete. Bila nak tulis happy things, mesti tiba-tiba bad things happen.
Single? No problem. Lagi bagus untuk perempuan yang belum bersedia macam aku nih. Pendapat pasal perempuan lemah? Aku memang tak suka perempuan lemah, aku benci sangat. Kalau boleh, aku nak semua perempuan kuat macam Hercules, cantik macam Claudia Schiffer, and pandai macam Einstein. Pasal lelaki bersederhana dalam semua perkara? Oh, menarik juga. Sederhana dari semua segi. Pernampilan, pembelanjaan dan permikiran. Tapi top list aku tetap dengan yang hot stuff. Entah mengapa.
Aku macam terase hati bila dikatakan sebagai perampas teman lelaki orang. Kami membesar bersama, takkan langsung tak boleh berkawan? Sampaikan aku digelar "bitch perampas", patutkah? Atau memang tak boleh langsung dekati orang yang dah berpunya? Aku berkawan bukan faktor hendak merampas. Aku berkawan atas niat bersahabat dan tak lebih dari itu. Lagi pun, aku masih tak bersedia untuk any commitment.
Ok, aku dah update ape yang terlintas difikiran. Love you all ;)