Monday, December 28, 2009

Pertukaran "mood" OK?

Bad day? Agaklah jugak. Tapi bila dah ternampak seorang jejaka yang tersangatlah sempurna (bagi akulah dan mungkin some else juga) dekat dalam train menuju ke Bandar Tasik Selatan, mood aku dah bertukar. Bukan apa, macam nak tergelak pun ada bila difikirkan balik. Style dia, pakai t-shirt putih dan juga disarungkan jacket kulit black color, season jean black color, rambut lurus paras bawah telinga yang dibiarkan serabai begitu sahaja, dan berkasut converse black color, memang menarik hati sesiapa yang memandang.
He acting cool! Yes he was. Dia tahu banyak mata memandang. Ada jugak perempuan yang mengambil gambarnya, dibiarkan sahaja. Ada pula yang menjerit "Handsomenya lelaki tuh!". Pirahh! Agak malu jugaklah aku yang berdiri didepannya. "Entah-entah, dia ni artis kot?". Terlintas di hati kecilku. Dia bersandar di pintu masuk train sambil menyilangkan kakinya. Memang cool abes.
Kebanyakkan lelaki yang melangkah masuk train, mesti akan memengang handphone (cara mengertahui lelaki bukan single: mesti menghantar SMS kepada girlfriend "Abang dah ondaway, tolong pickup OK?"). Tapi jejaka yang aku perhatikan ini, tak seperti lelaki yang lain. Dia hanya mendiamkan diri sambil mengukir senyuman kepada perempuan yang menggilainya. Mungkin kerana dia sendiri dah menyedari dirinya memang handsome dan patut "share" senyuman dengan orang ramai. Mungkinlah kot!
Tapi apa yang aku lihat, dia makin "tidak senang" apabila ada beberapa perempuan yang makin mendekatinya. Kalau aku pun mesti takut beb! But he still acting cool, and aku perasan solution dia, dia keluar di Station Cheras dan hanya tunggu untuk train seterusnya. Mungkin dia ada rasa takut. Handsome macam mana pun, kaya macam mana pun atau putera macam mana pun mesti dia hanya manusia biasa kan?
Tapi just satu je aku tak puas hati. Lelaki yang bergaya macam tuh, what I mean is, nampak kaya macam tuh tak sepatutnya ada dalam train. Patut duduk didalam kereta sport ke. Baru sesuai dengan pernampilan yang gila cool macam tuh. Hahaha ;) Tapi sebab pernampilan jugaklah, orang terpaut dengannya. Aku hanya melihat dan memerhati. Banyak ragam yang aku boleh ceritakan. Tapi untuk hari ini, kisah jejaka yang mengubah mood aku menjadi tajuk perbualan.