Ok, Semalam punya story memang gila betullah. Aku rase jantung aku macam nak terkeluar sangat sebab gemuruh punya pasal. Si lelaki McD Sg Wang semalam shif pagi so dia akan habis kerja pukul 8 malam. Nak snap picture dia tapi dia kerja bahagian dapur pulak, so memang tak dapat lah. Tapi yang paling mengejutkan aku ialah, his age! He only 15 years old! Tersangatlah muda even aku just ingat maybe dia hanya lepasan SPM. Selepas dapat tahu nama dia "NAIM", Cik Tapir and Cik Tenuk just bagi aku 4 pilihan:
- Bagi number phone aku. (Tak mahu. Malu OK?)
- Panggil Naim dan jumpa dia direct je.
- Mintak number phone Naim by akak McD.
- Terus blah and menyesal sampai mati.
Aku fikir kalau aku pass number phone aku terus, takut Naim akan fikir aku ni "bapak lah gedik". Kalau nak panggil Naim pulak, tak boleh sebab die tengah bertungkus lumus bekerja. If nak mintak number phone Naim pulak, ermm.. Dia busy kot. And aku pulak tak nak terus blah and menyesal tak sudah. So that, aku decide nak bagi je number phone aku.
"Tapi pen dengan kertas tak ada!". Aduhai ;( Nak buat macam mana. Tapi jangan risau, old school style still ada. Lantas aku capai tisu McD (free after aku belanja Cik Tenuk and Cik Tapir makan sundea) and Revlon Renewist Lipcolor / Creamy Caramel No 015 untuk menulis "B 013-358++++". Ye, aku tahu aku agak "perigi cari timba". Tepat pukul 9 malam, aku dapat phone called dari 013-366++++. Aku da start nervous macam nak mati masa tuh.
- "Assalamualaikum, boleh saya tanya ini siapa?"
- "Salam, saya Syida. Boleh tanya, ini Naim ke?".
- "Yer, saya Naim. Syida duduk mana and macam mana boleh nak kenal Naim? Umur berapa eyh?"
- "Umur 21. Duduk dekat Cheras, Bandar Tasik Selatan. Sebelum tuh, boleh tak saya nak sure kan something? Naim ada tak jaga bahagian aiskrim, hari khamis lepas?
- "21? Naim ni budak-budak lagi. Baru 15 tahun. Khamis lepas? Ada. Kenapa?"
- "Kalau ada,betullah Naim orang yang saya cari."
- "Syida sure tak salah orang? Bukan orang tinggi ke, besar ke badan dia?"
- "Memang orang tu tak tinggi sangat and tak besar pon badan dia. And kawan yang surekan pon ada tadi."
- "Yeke? OK OK. Boleh kita jumpa tak esok? Kita sambut New Year sama-sama, boleh?"
- "Esok? Saya ada hal lah Naim. Sorry lah. Tapi nanti mesti kita jumpa lagi. That's for sure. Ni Naim buat apa je?"
- "Baru nak balik rumah ni. Tadi baru abes kerja, Naim terus call Syida."
- "Yeke? Oh, eh Naim, buang lah eh tisu yang ada number phone tadi. Sebab ni pun Naim da call, save je number nanti ok?"
- "Buang? Tak nak lah. Naim nak tampal tisu tadi dekat bilik. Hahaha!"
- "Hahah. Tak payah lah sampai macam tu. Naim nak balik kan? Later kita sambung lagi ok?"
- "Ok Syida, selamat berkenalan."
- "Thanks, bye Naim."
- "Bye, salam."
And lepas tuh baru aku boleh makan dengan tenang, kalau tak, aku just makan nugget 2 ketul saja. Hahaha ;) OK, ternyata aku happy. Tapi selepas habis call, perasaan aku dekat Si Misteri McD sudah kurang mendebarkan. Mungkin dia type "adik" lagi. Tapi ada juga yang buat aku happy. Happy sebab fun gila keluar dengan Cik Tapir, Cik Tenuk and Brandon semalam. Memang fun. Thanks to Cik Tenuk and Cik Tapir yang gila support tolong aku pasal Naim ni. Heheh ;) Aku tak menyesal bagi number phone, sebab at last aku dapat jadi kawan dia. Tapi yang pasti sekarang, aku just nak hidup bahagia dengan kawan-kawan aku saja. Dan tak lebih dari itu. ;))