Wednesday, December 30, 2009

Crazy Monkey.

Ok, Semalam punya story memang gila betullah. Aku rase jantung aku macam nak terkeluar sangat sebab gemuruh punya pasal. Si lelaki McD Sg Wang semalam shif pagi so dia akan habis kerja pukul 8 malam. Nak snap picture dia tapi dia kerja bahagian dapur pulak, so memang tak dapat lah. Tapi yang paling mengejutkan aku ialah, his age! He only 15 years old! Tersangatlah muda even aku just ingat maybe dia hanya lepasan SPM. Selepas dapat tahu nama dia "NAIM", Cik Tapir and Cik Tenuk just bagi aku 4 pilihan:
  1. Bagi number phone aku. (Tak mahu. Malu OK?)
  2. Panggil Naim dan jumpa dia direct je.
  3. Mintak number phone Naim by akak McD.
  4. Terus blah and menyesal sampai mati.

Aku fikir kalau aku pass number phone aku terus, takut Naim akan fikir aku ni "bapak lah gedik". Kalau nak panggil Naim pulak, tak boleh sebab die tengah bertungkus lumus bekerja. If nak mintak number phone Naim pulak, ermm.. Dia busy kot. And aku pulak tak nak terus blah and menyesal tak sudah. So that, aku decide nak bagi je number phone aku.

"Tapi pen dengan kertas tak ada!". Aduhai ;( Nak buat macam mana. Tapi jangan risau, old school style still ada. Lantas aku capai tisu McD (free after aku belanja Cik Tenuk and Cik Tapir makan sundea) and Revlon Renewist Lipcolor / Creamy Caramel No 015 untuk menulis "B 013-358++++". Ye, aku tahu aku agak "perigi cari timba". Tepat pukul 9 malam, aku dapat phone called dari 013-366++++. Aku da start nervous macam nak mati masa tuh.
  • "Assalamualaikum, boleh saya tanya ini siapa?"
  • "Salam, saya Syida. Boleh tanya, ini Naim ke?".
  • "Yer, saya Naim. Syida duduk mana and macam mana boleh nak kenal Naim? Umur berapa eyh?"
  • "Umur 21. Duduk dekat Cheras, Bandar Tasik Selatan. Sebelum tuh, boleh tak saya nak sure kan something? Naim ada tak jaga bahagian aiskrim, hari khamis lepas?
  • "21? Naim ni budak-budak lagi. Baru 15 tahun. Khamis lepas? Ada. Kenapa?"
  • "Kalau ada,betullah Naim orang yang saya cari."
  • "Syida sure tak salah orang? Bukan orang tinggi ke, besar ke badan dia?"
  • "Memang orang tu tak tinggi sangat and tak besar pon badan dia. And kawan yang surekan pon ada tadi."
  • "Yeke? OK OK. Boleh kita jumpa tak esok? Kita sambut New Year sama-sama, boleh?"
  • "Esok? Saya ada hal lah Naim. Sorry lah. Tapi nanti mesti kita jumpa lagi. That's for sure. Ni Naim buat apa je?"
  • "Baru nak balik rumah ni. Tadi baru abes kerja, Naim terus call Syida."
  • "Yeke? Oh, eh Naim, buang lah eh tisu yang ada number phone tadi. Sebab ni pun Naim da call, save je number nanti ok?"
  • "Buang? Tak nak lah. Naim nak tampal tisu tadi dekat bilik. Hahaha!"
  • "Hahah. Tak payah lah sampai macam tu. Naim nak balik kan? Later kita sambung lagi ok?"
  • "Ok Syida, selamat berkenalan."
  • "Thanks, bye Naim."
  • "Bye, salam."
And lepas tuh baru aku boleh makan dengan tenang, kalau tak, aku just makan nugget 2 ketul saja. Hahaha ;) OK, ternyata aku happy. Tapi selepas habis call, perasaan aku dekat Si Misteri McD sudah kurang mendebarkan. Mungkin dia type "adik" lagi. Tapi ada juga yang buat aku happy. Happy sebab fun gila keluar dengan Cik Tapir, Cik Tenuk and Brandon semalam. Memang fun. Thanks to Cik Tenuk and Cik Tapir yang gila support tolong aku pasal Naim ni. Heheh ;) Aku tak menyesal bagi number phone, sebab at last aku dapat jadi kawan dia. Tapi yang pasti sekarang, aku just nak hidup bahagia dengan kawan-kawan aku saja. Dan tak lebih dari itu. ;))

Tuesday, December 29, 2009

Budak McD Sg Wang.

Lupa nak cerita. Hari yang aku date dengan Cik Tapir merupakan hari yang paling aku rasa syok abes. Pasal apa? Pasal that day, masa Cik Tapir suruh aku belanja aiskrim Sundea McD di Sungai Wang, aku bertemu "dengannya". Masa tuh merupakan shif "si dia" bekerja. Character "si dia" sangat comel. Ketinggian "si dia" yang sederhana dan senyuman yang amat menarik hati.

"Tolong bagi saya Sundea, dua", kata Cik Tapir kepadanya. Sambil Cik Tapir mengambil baki duit yang aku berikan tadi, aku mencapai aiskrim yang dihulurkan dari tangannya. Padahal "si dia" boleh saja letakkan kedua aiskrin tadi di tempat letak yang telah disediakan. Tapi masa tuh, mungkin aku dan "si dia" masing-masing mengambil kesempatan untuk memegang tangan masing-masing. OK ternyata aku ni gatal.

Tapi sebenarnya, aku ni jenis yang cepat rasa jijik dengan sentuhan apatah lagi kalau dengan orang yang tidak dikenali. But when it's come to "him", I really wanna some smooth touch. Only from him and I also don't know why. It's all happen so fast and sudden. Well, bila nama pon "love at first side", semua graviti di sekeliling kamu akan menjadi kekuatan yang boleh mencapai satu tahap dimana diri sendiri pun akan hilang kawalan. Itu merupakan saat yang paling mendebarkan dan paling membahagiakan. Even I already know this is only "bertepuk sebelah tangan", but still I love this feeling. Thanks for the memory, budak McD Sungai Wang. ;)

Monday, December 28, 2009

Pertukaran "mood" OK?

Bad day? Agaklah jugak. Tapi bila dah ternampak seorang jejaka yang tersangatlah sempurna (bagi akulah dan mungkin some else juga) dekat dalam train menuju ke Bandar Tasik Selatan, mood aku dah bertukar. Bukan apa, macam nak tergelak pun ada bila difikirkan balik. Style dia, pakai t-shirt putih dan juga disarungkan jacket kulit black color, season jean black color, rambut lurus paras bawah telinga yang dibiarkan serabai begitu sahaja, dan berkasut converse black color, memang menarik hati sesiapa yang memandang.
He acting cool! Yes he was. Dia tahu banyak mata memandang. Ada jugak perempuan yang mengambil gambarnya, dibiarkan sahaja. Ada pula yang menjerit "Handsomenya lelaki tuh!". Pirahh! Agak malu jugaklah aku yang berdiri didepannya. "Entah-entah, dia ni artis kot?". Terlintas di hati kecilku. Dia bersandar di pintu masuk train sambil menyilangkan kakinya. Memang cool abes.
Kebanyakkan lelaki yang melangkah masuk train, mesti akan memengang handphone (cara mengertahui lelaki bukan single: mesti menghantar SMS kepada girlfriend "Abang dah ondaway, tolong pickup OK?"). Tapi jejaka yang aku perhatikan ini, tak seperti lelaki yang lain. Dia hanya mendiamkan diri sambil mengukir senyuman kepada perempuan yang menggilainya. Mungkin kerana dia sendiri dah menyedari dirinya memang handsome dan patut "share" senyuman dengan orang ramai. Mungkinlah kot!
Tapi apa yang aku lihat, dia makin "tidak senang" apabila ada beberapa perempuan yang makin mendekatinya. Kalau aku pun mesti takut beb! But he still acting cool, and aku perasan solution dia, dia keluar di Station Cheras dan hanya tunggu untuk train seterusnya. Mungkin dia ada rasa takut. Handsome macam mana pun, kaya macam mana pun atau putera macam mana pun mesti dia hanya manusia biasa kan?
Tapi just satu je aku tak puas hati. Lelaki yang bergaya macam tuh, what I mean is, nampak kaya macam tuh tak sepatutnya ada dalam train. Patut duduk didalam kereta sport ke. Baru sesuai dengan pernampilan yang gila cool macam tuh. Hahaha ;) Tapi sebab pernampilan jugaklah, orang terpaut dengannya. Aku hanya melihat dan memerhati. Banyak ragam yang aku boleh ceritakan. Tapi untuk hari ini, kisah jejaka yang mengubah mood aku menjadi tajuk perbualan.

The Red Crab.

Aku tak tahu bagaimana terkeluar ayat-ayat yang agak "soul" nih. Tapi sebagaimana ia terjadi sendiri, aku pun agak menyukainya. Mungkin ilham aku hanya datang apabila aku memikirkan tentang "hot stuff", dan itu merupakan petanda yang baik yang otak aku nih masih function. Dan sebenarnya, ini kali pertama aku mengeluarkan kata-kata yang agak menyeramkan nih. Mungkin agak annoying kot bagi sesetengah pihak, tapi it's OK. Not your wrong.

"Selamat malam, sayang. Even you don't know how much important you are, or even you already taken but maybe, just maybe, I'm falling again to you, and NO ONE can deny it. Because the word LOVE is only appear just for you."

"Bertembung dengan KAU merupakan saat paling membahagiakan. Dengan hanya melihat wajah KAU, bibirku akan terukir senyuman tanpa paksaan. Terima kasih kerana membuatkan hari aku bermakna."

Sunday, December 27, 2009

Great Teacher Hippopotamus.

Dah lama aku tak update. Honestly aku tak tahu nak cerita apa lagi, idea belum sampai. Macam sudah blank. Lama aku online blogger tapi hanya termenung. Bila taip sepatah, aku akan delete. Bila nak tulis happy things, mesti tiba-tiba bad things happen.
Single? No problem. Lagi bagus untuk perempuan yang belum bersedia macam aku nih. Pendapat pasal perempuan lemah? Aku memang tak suka perempuan lemah, aku benci sangat. Kalau boleh, aku nak semua perempuan kuat macam Hercules, cantik macam Claudia Schiffer, and pandai macam Einstein. Pasal lelaki bersederhana dalam semua perkara? Oh, menarik juga. Sederhana dari semua segi. Pernampilan, pembelanjaan dan permikiran. Tapi top list aku tetap dengan yang hot stuff. Entah mengapa.
Aku macam terase hati bila dikatakan sebagai perampas teman lelaki orang. Kami membesar bersama, takkan langsung tak boleh berkawan? Sampaikan aku digelar "bitch perampas", patutkah? Atau memang tak boleh langsung dekati orang yang dah berpunya? Aku berkawan bukan faktor hendak merampas. Aku berkawan atas niat bersahabat dan tak lebih dari itu. Lagi pun, aku masih tak bersedia untuk any commitment.
Ok, aku dah update ape yang terlintas difikiran. Love you all ;)

Monday, December 21, 2009

Radio Lempeng.

Sebagai penulis blog yang baru, aku menyahut cabaran seorang manusia bergelar Cik Falcon untuk mengemukakan 9 perkata yang tak boleh diterima akal aku kalau lelaki buat atau yang ada pada lelaki. (Gambar diatas langsung tiada kaitan.)
  1. Lelaki yang mempunyai masalah bau badan. OK, sebagai contoh, peluh berlebihan. Memanglah orang lain kata bau peluh itu menandakan lelaki tuh penuh dengan kejantanan, tapi just masalah aku, aku teramatlah sensitif dengan bau badan tak kira lelaki atau perempuan.
  2. Lelaki yang pegangkan handbeg girlfriend masa shopping. Sumpah aku annoyed! Ada dua sebab je kenapa lelaki kene pegangkan handbag teman wanitanya. First, sebab awek die tak ada tangan. Second, sebab awek die tak ada tangan. Itu sahaja! Kalau nak suruh lelaki tuh nampak macam "loser" silalah suruh dia pegangkan handbeg you all. Kalau malas nak pegang handbeg sendiri, tak payah bawak langsung.
  3. Lelaki yang nak buat world record setahun tak basuh seluar jean. Ini lagi satu bende yang paling aku menyampah. Kalau ye pon nak buat record, agak-agaklah. Hygiene tu penting OK, and mostly, 99% of women memang pentingkan hygiene orang sekelilingnya.
  4. Lelaki yang berpewatakan lemah. Bak kate dalam english, LOSER. Kalau perempuan mainkan watak lemah sikit-sikit, boleh diterima lagi. Kalau lelaki, tak sesuailah langsung and harus dielakkan.
  5. Lelaki yang ala-ala tak boleh terima kelemahan negara sendiri. Lelaki bodoh yang macam ni, "Ala, Malaysia panas lah, tak macam dekat Sunderland dulu, sejuk je. Peluh langsung tak ada". Aku lagi prefer kat lelaki yang "Ala, Korea tak bestlah makanannye, tak macam Malaysia, ada pasar malam. Nak makan char kue teaw dengan nasi kukus ayam dara!". Kan ada beza antara dua lelaki tadi.
  6. Lelaki yang ada bulu di dada. Aku langsung tak boleh terima! Mati hidup balik pon tak mungkin aku terima lelaki berbulu dada.
  7. Lelaki yang lebih buku dari ruas. Kita bagi peluang dan kebebasan, kita pulak yang dikongkong atas kehendaknya. Tak boleh keluar rumah, tak boleh jumpa kawan lelaki (even dah lama kenal pon), and tak boleh lepak dengan family pon. Ape kes? Kau nak mati cepat ke? (tembak laju-laju karang baru tau!)
  8. Lelaki yang rasa dirinya paling kacak dekat alam semesta ni. And semua orang kene ikut cakap dia sebab macam dia je yang berkuasa dengan wajahnya itu. Wujud lagi ke lelaki macam ni? Aku pon tak tau tapi entah kenapa masuk dalam list aku ni. Hahah ;) Tapi kalau ada juga, you are loser, man! Kalau aku yang jumpa, mesti aku dah pijak-pijak kepala kau yang rambut ala-ala bouncing hair tuh. Pirah!
  9. Lelaki yang mencintai seseorang sampai sanggup hilang harga diri. Memang tak salah bercinta sampai nak mati, tapi aku still rase lelaki wajib ada pendirian diri dan harga diri yang tinggi. Kalau sampai hilang harga diri semata-mata kerana cinta, memang tak patut sebenarnya. Jatidiri amat penting dan boleh menjadikan senjata untuk memikat perempuan lain yg lebih hargai kamu.

Daidaiteki Daniel Henney.

My amore, the most perfect guy in my life dictionary. Ok, aku akui yang aku macam da gila bayang dengan mamat yang takkan wujud depan mate aku ni. Selame pembabitan dia kat dunia seni, aku da memang da naik gila dengan dia. Almaklumlah, cukup ciri-ciri beb! My last post, aku ada cerita pasal ciri-ciri lelaki yg aku nak, memang tepat gila ciri-ciri itu dekat dia. Aku paling bersemangat tengok picture dia sebab kebanyakkan gambar dia tak pakai baju! Hahah ;)) aku menggatal dengan dia punya gambar sahaja, badan lelaki lain aku tak berminat ok? Erti kata lain, "He's my hallusination, he's my inspiration". And I really need that to continue this life. xoxoxo Daniel Henney ;)

Friday, December 18, 2009

No Baundaries.

Kene tahu hati aku melonjak-lonjak bila:

Bace comic yang ade babak kissing. Syda gatal OK? ;o
Tengok picture artis yang super cute. Memang addict!
Window shopping alone. Sumpah best.
Tangkap gambar orang, and tengok diorang punya expression. Hebat kan?
Kacau adek aku. Best weh dera dia! Sorry sorry!! ;)
Hangout dengan girlfriend dengan tujuan "cuci mata". Ehemm!

Kobis Hitam.

Aku rasa die cute, pasal tuh aku letak sini. ;)

Tuesday, December 15, 2009

Breaking News.

My heart is numb, has no feeling. Mungkin juga dalam bahasa melayu aku ni dah tak ada perasaan. Sedih, kecewa, gembira, menangis, atau pon sedikit simpati. Semua dah hilang. Jauh sekali dengan perasaan cinta dan perasaan yang mendebar-debarkan. And aku rase aku lagi selesa begini. Tak ambil tahu hal orang lain, hanya jaga hal aku. Best, memang best. Lonely memang ade sedikit. Tapi daripada merisaukan hal orang laen, better what am I doing right now. You all jangan ingat aku melarikan diri, tapi ini aku yang sekarang. Maybe I just need time, while I'm still healing, just try and have a little patient. Aku takkan hilang dekat dunia nih and aku akan ingat dekat you all semua. Love you.

Sunday, December 13, 2009

The Shrimp.

Cik tapir tegur aku, "Apahal sume kau citer kat blog ni pasal hot stuff je? Kau tak rase ke yang tak hot stuff terase?". Aduhai, nak buat macam mana, bila aku tengok hot stuff je, idea aku membuak-buak. Sorry lah kat sesape yang terase.

Saturday, December 12, 2009

Belacan lawan Pickle.

Apasal dah jarang ade lelaki yang kacak bagai nak mati plus dengan perangai memang boleh blah, tambah lagi dengan hati yang tulus ikhlas syok kat aku, and then karier pon ala-ala hebat dimata? Seriously memang dah kurang dah kaum macam ni.
Cakap tenuk, kalau yang hot stuff gila bhai ni memang susah nak jaga. Baek bela anak angkat je kan kalau macam tuh. Kalau sedap mata memandang pulak memang ada tapi nak cari yang baik nak mati tuh memang payah lah.
Kalau memilih sangat <<< kyaa! macam aku nih >>> memang sampai ke tua lah jawabnya aku single. Nanti kalau mati pon x de sape nak doakan aku dalam kubur.
Yeke aku ni memilih sangat? Aku sendiri tak dapat jawab soalan tuh. Masalahnya aku ni nak jugak cukupkan ciri-ciri yang termaktub dalam hati aku. Yelah, lelaki kene tinggi dan sasa, baru nampak kuat (sebenarnya aku yang pendek,mestilah nak lelaki lagi tinggi dari aku!). Pakai spek mata, macam abah aku. Belajar kene tinggi, sebab sekarang ni susah nak kerja dengan kelayakan rendah. Muke nak macam korean look (ini extra sahaja hehe). Kene beriman sebab nanti die yang kene bimbing aku. Dushhhh! Ini baru diantara syarat-syarat. Banyak lagi yang aku tak kemukakan. Tapi aku ni cantek sangat ke nak memilih sangat? Jawapan <<< Aku tak chantek, dan aku sangat hodoh!!!! >>> Tapi ini hanya list. Tak semestinya semua kene 100% perfect.
Itulah masalah aku. Nak jugak penuhkan syarat-syarat bodoh tu jugak. Camne nak bagi aku sedar diri nih?

Guling-guling macam tenggiling.

Ini picture cool gila bhai. Yang pasti bulu kat tangan mamat nih panjang siot! Weh, shave lah weh. Sumpah serabai. Tapi lelaki mane ade shave bulu kat tangan kan? Hahah ;)

Ok,aku mengaku. Gambar ni cool abes sebab diorang edit bagi nampak gila real! Dah macam burung pon ade jugak kan?
Dah macam hantu dah aku tengok tapi memang cun abes picture nih! Tapi aku TABIK lah kat minah nih. Badan bapaklah plywood abes! Exotic gila bhai!

Tuesday, December 1, 2009

Marwan Cendawan.

Facebook Marwan Cendawan
Location: World Cup Stadium, Seoul.

Terbang macam nenek kebayan.

Tekanan perasaan! Itu yang tengah aku rase sekarang. Banyak sangat perkara yang tak patut aku fikir, but I'm take it seriously. "Hello Syda! Wake up girl! Get a life!" Kalau lah ada yang sudi tengking aku begitu. Setakat ni, Datin Diana, Puan Sri Afiqah, Tan Sri Rizzuwan dan Tengku Syed Mohd Almashoor je yang berani maki hamun aku begitu. And I really need that badly. Someone kene sedarkan aku for live in reality! Puan Sri Afiqah cakap aku ni terlalu pikirkan hal yang tak penting. Ya betul tuh cakap kau! Sejak menjak ni, aku rase aku banyak sangat interrupt hal manusia lain sampai membuatkan manusia itu mendelete aku dari friendlistnya. Am I a hateful person? Shit! I just wanna help ok? Aku mintak maaf kat manusia tu sebabnya aku tak ade langsung niat nak tegur atau erti kata lain, aku nak tolong. Ramai juga bagi feedback kat aku pasal hal ni. Tapi antara banyak-banyak feedback yang aku dapat, aku just ingat pesanan Dato' Zizo (dia ni kawan aku ok? jangan fikir lain!).
Dia kata kat aku:

"amik pendekatan mudah je syda..peduli setan je kalu org tak suke berkawan dgn kita,no need to hate urself..u should be proud..u've done something good...kalu diri sendrik tak berbangga kat diri sendrik sape lg nak berbangga kat u...kalu dia delete kita dari frenlist,add je mamat2 laen dlm fb tu yg lebih hensem dan macho...hehehe"

Trimas kawan-kawan yang ambil berat pasal aku. Even aku ni bukan lah seorang kawan yang perfect. Korang paling best lah. Aku disalah niat seorang yang penyibuk walhal aku just nak tolong, salah manusia tu juga sebab tulis status begitu. And aku sebagai kawan kononnya mau tolong, tapi disalah tafsir pula. Sorry. Itu je yang mampu aku cakap buat masa ni. And aku harap kau akan terbukak hati nak kawan dengan aku balik sebab aku tak pernah rase nak putus kawan pon dengan kau, wahai manusia. Aku paham engkau ade problem masa tuh. Hopeful kau cool sahaja. Semua masalah ade penyelesaian. Never mind, just take care of your self. Kau dah la duduk diperantauan, jaga diri.

Kalau boleh, aku nak berubah. Aku tak nak jadi seorang yang lemah lagi dimata sesiapa pon. Aku just nak ambil tahu hal aku sendiri sahaja lepas ni. Ini semua jadi pengajaran dekat aku supaya jauhkan diri dari masalah yang langsung tak berkaitan dengan aku. Aku sungguh admire dengan perangai kawan aku Syed Mohd Almashoor yang gila cool nak mati. Kau paling hebat lah sial! Dia hanya ambil tahu hal diri sendiri. Aku boleh rasekan diri dia tu kuat dalamannya. Aku nak jadi macam die. Dah macam idola aku lah pulak. Tapi sikap die yang tegas buatkan aku nak jadi macam dia. Aku mesti boleh jadi kuat macam die! Bukan maksud aku tukar jantina ke ape, cuma aku nak berperangai macam dia. Aku mesti jugak sebab aku dah rase macam aku ni perempuan yang tersangatlah lemah. Tak ade kekuatan dalaman langsung. After this, hanya ada aku, kawan aku dan family aku sahaja. Itu yang penting! Aku tau aku boleh buat, aku yakin.

P/S: Weh kawan-kawan, nanti date lepak aku decide then inform kat korang later. Aku da rase cam gadis sunti nak mati terperap kat rumah jadi jeruk dalam balang je.