Apasal dah jarang ade lelaki yang kacak bagai nak mati plus dengan perangai memang boleh blah, tambah lagi dengan hati yang tulus ikhlas syok kat aku, and then karier pon ala-ala hebat dimata? Seriously memang dah kurang dah kaum macam ni.
Cakap tenuk, kalau yang hot stuff gila bhai ni memang susah nak jaga. Baek bela anak angkat je kan kalau macam tuh. Kalau sedap mata memandang pulak memang ada tapi nak cari yang baik nak mati tuh memang payah lah.
Kalau memilih sangat <<< kyaa! macam aku nih >>> memang sampai ke tua lah jawabnya aku single. Nanti kalau mati pon x de sape nak doakan aku dalam kubur.
Yeke aku ni memilih sangat? Aku sendiri tak dapat jawab soalan tuh. Masalahnya aku ni nak jugak cukupkan ciri-ciri yang termaktub dalam hati aku. Yelah, lelaki kene tinggi dan sasa, baru nampak kuat (sebenarnya aku yang pendek,mestilah nak lelaki lagi tinggi dari aku!). Pakai spek mata, macam abah aku. Belajar kene tinggi, sebab sekarang ni susah nak kerja dengan kelayakan rendah. Muke nak macam korean look (ini extra sahaja hehe). Kene beriman sebab nanti die yang kene bimbing aku. Dushhhh! Ini baru diantara syarat-syarat. Banyak lagi yang aku tak kemukakan. Tapi aku ni cantek sangat ke nak memilih sangat? Jawapan <<< Aku tak chantek, dan aku sangat hodoh!!!! >>> Tapi ini hanya list. Tak semestinya semua kene 100% perfect.
Itulah masalah aku. Nak jugak penuhkan syarat-syarat bodoh tu jugak. Camne nak bagi aku sedar diri nih?