
Pendapat masyarakat tentang lelaki lembut:
- Antara faktor wujudnya lelaki lembut adalah hormon wanita yang berlebihan dalam tubuh, genetik serta ketidakprihatinan ibu bapa mengikuti perkembangan tumbesaran anak-anak. Jika kecelaruan jantina dikesan di peringkat awal, rujukan kepada pakar psikatri boleh dibuat dan bentuk rawatan yang sesuai dimulakan.
- Layanan ibu bapa serta ahli keluarga memainkan peranan yang penting. Terdapat ibu bapa yang inginkan anak perempuan tetapi tiada rezeki sebaliknya mempunyai ramai anak lelaki, lantas menyantuni anak lelaki yang paling kecil atau muda seolah-olah ia seorang perempuan dengan mengenakannya baju perempuan atau menyolekkannya.
- Selain itu, latihan ataupun pendidikan yang diberikan kedua-dua ibu bapa semasa kecil juga turut mempengaruhi situasi ini. Terdapat keluarga yang bermasalah seperti ibu tunggal di mana “tokoh” bapa atau lelaki tidak wujud dalam keluarga tersebut dan proses “modelling” yang berlaku tidak berjalan dengan betul. Anak kecil seharusnya diberitahu berulang-ulang dan diajar tentang jantinanya, seperti ungkapan “abang budak lelaki, cuti sekolah nanti kena berkhatan. Berkhatan hanya sekali seumur hidup orang lelaki. Orang perempuan lagi teruk kena jahit setiap kali lepas bersalin.”
Kata syda:
- Bagi aku, isu ini ada pro dan kontra tersendiri. Lelaki lembut ini ada dua jenis. Pertama, lembut kerana jiwa mereka lembut tetapi dalam masa yang sama mereka masih berminat kepada perempuan. Mereka ini masih lelaki sejati cuma, jenis yang ‘home type’. Mereka lebih rapat dengan keluarga. Mereka juga suka memasak atau mengemas rumah.
- Jenis lelaki lembut kategori kedua ini pula sebaliknya. Mereka tidak berminat kepada perempuan sebaliknya lebih senang menyerupai perempuan. Malah, ada kalangan mereka yang mempunyai kumpulan mereka sendiri dan membuat perjumpaan bagi melakukan aktiviti. Kategori ini selalunya hanya berminat kepada lelaki.