Tuesday, September 8, 2009

Tenang.

Hijau yang tenang - gambar sebagai hiasan.
Sesuatu yang menarik perhatian aku. Langit yang kebiruan terbentang luas, permaidani rumput yang kehijauan melakar lantai-lantai dunia, angin yg tiada rupa dan warna bertiup lembut ibarat berbisik sesuatu kepada aku serta cahaya matahari yang terang menerangi alam. Semua kecantikan dan kemewahan alam yang semula jadi buat kan aku tersedar bahawa pemberian besar Tuhan kepada makhluk seperti aku ini hanyalah sementara. Harus aku hargainya sementara aku di dunia ini.