Monday, December 21, 2009

Radio Lempeng.

Sebagai penulis blog yang baru, aku menyahut cabaran seorang manusia bergelar Cik Falcon untuk mengemukakan 9 perkata yang tak boleh diterima akal aku kalau lelaki buat atau yang ada pada lelaki. (Gambar diatas langsung tiada kaitan.)
  1. Lelaki yang mempunyai masalah bau badan. OK, sebagai contoh, peluh berlebihan. Memanglah orang lain kata bau peluh itu menandakan lelaki tuh penuh dengan kejantanan, tapi just masalah aku, aku teramatlah sensitif dengan bau badan tak kira lelaki atau perempuan.
  2. Lelaki yang pegangkan handbeg girlfriend masa shopping. Sumpah aku annoyed! Ada dua sebab je kenapa lelaki kene pegangkan handbag teman wanitanya. First, sebab awek die tak ada tangan. Second, sebab awek die tak ada tangan. Itu sahaja! Kalau nak suruh lelaki tuh nampak macam "loser" silalah suruh dia pegangkan handbeg you all. Kalau malas nak pegang handbeg sendiri, tak payah bawak langsung.
  3. Lelaki yang nak buat world record setahun tak basuh seluar jean. Ini lagi satu bende yang paling aku menyampah. Kalau ye pon nak buat record, agak-agaklah. Hygiene tu penting OK, and mostly, 99% of women memang pentingkan hygiene orang sekelilingnya.
  4. Lelaki yang berpewatakan lemah. Bak kate dalam english, LOSER. Kalau perempuan mainkan watak lemah sikit-sikit, boleh diterima lagi. Kalau lelaki, tak sesuailah langsung and harus dielakkan.
  5. Lelaki yang ala-ala tak boleh terima kelemahan negara sendiri. Lelaki bodoh yang macam ni, "Ala, Malaysia panas lah, tak macam dekat Sunderland dulu, sejuk je. Peluh langsung tak ada". Aku lagi prefer kat lelaki yang "Ala, Korea tak bestlah makanannye, tak macam Malaysia, ada pasar malam. Nak makan char kue teaw dengan nasi kukus ayam dara!". Kan ada beza antara dua lelaki tadi.
  6. Lelaki yang ada bulu di dada. Aku langsung tak boleh terima! Mati hidup balik pon tak mungkin aku terima lelaki berbulu dada.
  7. Lelaki yang lebih buku dari ruas. Kita bagi peluang dan kebebasan, kita pulak yang dikongkong atas kehendaknya. Tak boleh keluar rumah, tak boleh jumpa kawan lelaki (even dah lama kenal pon), and tak boleh lepak dengan family pon. Ape kes? Kau nak mati cepat ke? (tembak laju-laju karang baru tau!)
  8. Lelaki yang rasa dirinya paling kacak dekat alam semesta ni. And semua orang kene ikut cakap dia sebab macam dia je yang berkuasa dengan wajahnya itu. Wujud lagi ke lelaki macam ni? Aku pon tak tau tapi entah kenapa masuk dalam list aku ni. Hahah ;) Tapi kalau ada juga, you are loser, man! Kalau aku yang jumpa, mesti aku dah pijak-pijak kepala kau yang rambut ala-ala bouncing hair tuh. Pirah!
  9. Lelaki yang mencintai seseorang sampai sanggup hilang harga diri. Memang tak salah bercinta sampai nak mati, tapi aku still rase lelaki wajib ada pendirian diri dan harga diri yang tinggi. Kalau sampai hilang harga diri semata-mata kerana cinta, memang tak patut sebenarnya. Jatidiri amat penting dan boleh menjadikan senjata untuk memikat perempuan lain yg lebih hargai kamu.