Saturday, February 20, 2010

Out of Comfort Zone!

"Syda, tolong jangan update lagi gambar-gambar pemangkin kau. Tolonglah, semua itu bakal menyakitkan hati kau saja. Nanti kau akan merendahkan diri kau yang dah sedia ada rendah itu kerana melihat pencapaian mereka ke menara gading. Tolonglah Syda, hentikan apa yang kau buat ini." - kata aku kepada diri sendiri.
Baik, aku stop. Misi untuk berubah sudah bermula. Berubah menuju kejayaan sendiri untuk diri sendiri. Bukan untuk orang lain. Aku tahu aku boleh buat. InsyaAllah aku boleh buat. Aku merancang tapi hanya dengan keredhaan-Nya, baru aku boleh laksanakan segalanya. Mencari kebahagiaan diri sudah aku letakkan jauh-jauh dari lubuk hati. Aku kene kuat, sebab aku rasa aku dah terlampau manjakan diri ini. Aku kena berusaha semoga aku setaraf dengan pemangkinku. :)
My inspiration, I bet you gonna look at me someday!